Bangunan usia kota belud salah satu daripada bangunan yang telah lama bertapak di pekan kota belud.Ia bukan sahaja mempunyai nilai-nilai sejarah namun berpotensi dijadikan sebagai tarikan kepada pelancong yang ingin mengetahui latar belakang mengenai kota belud. Bangunan itu lebih baik dimanfaatkan sepenuhnya dimana terdapat ruang bagi mengadakan ceramah terbuka selain mempunyai bilik gerakan atau bilik mesyuarat yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga kota belud serta pejabat yang mengendalikan yayasan bagi kota belud. Bagi menarik potensi yang ada pada bangunan usia tersebut lebih baik informasi informasi berguna untuk pengetahuan umum dibuat mengenai kota belud diadakan di bangunan tersebut seperti informasi mengenai sejarah pembangunan kota belud(seelok-eloknya gambar sekitar kota belud serta pekan diambil dan disimpan sebagai bahan rujukan di masa hadapan). Selain itu informasi informasi mengenai sejarah pemimpin pemimpin di sekitar kota belud di paparkan sebagai rujukan terutama kepada pelajar-pelajar sekolah agar mereka kenal dan menghargai pemimpin-pemimpin masa lalu dan kini dan dapat mengetahui sejarah dan latar belakang mereka. Antara pemimpin-pemimpin kota belud yang harus di kenang jasa dan pengorbanan mereka terhadap kota belud adalah seperti Mendiang Allahyarham tokoh Tun Said Keruak, dan pemimpin-pemimpin lain seperti Tan sri Pandikar Amin Hj. Mulia, Anak Kepada mendiang Tun Said, datuk Salleh Said Keruak, dan pemimpin pemimpin baru Kota Belud seperti Datuk Japlin Akim,datuk Musbah Hj. Jamli,dan juga Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan. Selain itu dibahagian bawah hadapan(menghadap padang pekan kota belud)terdapat plak monument yang mempunyai nama Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Dr. Mahathir Mohammad .Bangunan Usia itu juga berpotensi menjadi seperti sebuah muzium sejarah bagi Kota Belud dan persekitarannya. Ini hanyalah cadangan sahaja memandangkan kota belud berpotensi menjadi sebuah pekan yang maju di masa hadapan di mana lokasi dan keadaan geografinya yang strategik yang menjadi laluan utama bagi jalan pantai barat utara . Disamping latar belakang kota belud iaitu pemandangan indah Gunung Tertinggi di asia tenggara iaitu Gunung Kinabalu banyak tempat-tempat yang berpotensi di daerah ini. Dan sebaik-baiknya kita mulakan pembangunan kota belud melalui menilai sejarah-sejarah yang ada pada kota belud agar nilai-nilai itu tidak dilupakan seiring dengan pembangunan di daerah kota belud. sekian. Salam Bloggers.
Saturday, June 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


Don't Play With Picture's Espicially With Those Who Have Names.
ReplyDelete